TYRAAISYAH


Entries About Linkies Quote Random Instagram TWITTER FOLLOW DASHBOARD
The Webmistress

Welcome peeps !
Tagbord

Exchange Link open
No "Follow You, Follow back"
Harsh Words Are not Allowed

Old Entries



Credits


Basecode/Template : AtinTory .
Editor : Leya Yeolly
Images : WeHeartIt
music : irondj
Header : BaekYeol
Journey to Johor Bharu


Assalamualaikum.

Selamat pagi, Selamat Sejahtera semua. Hope korang in the pink of health. Okay. Now Tyra nak cerita pasal beberapa hari yang lepas. Tak nak dengar? Okay tak pe. Just tinggalkan jejak anda di CBOX. Mekaceh. Okay ni pasal aktiviti Tyra mula dari pagi Selasa 13 Nov 2012 sampai lah malam 15 Nov 2012. Bende yang Tyra tak kan lupakan. Malam sebelum tu kitorang satu family dah bincang habis habisan.

13 Nov 2012:
Pagi tu Tyra bangun dan terus mandi. Tapi sejak cuti sekolah ni dah jarang Tyra mandi subuh. Sejuk beku air paip dalam bilik air ni. Then ayah cakap pagi ni MRSM ada buat Family Day dekat Hulu Tamu. Not sure nama tempat tu. Kitorang pun bersiap. Masa nak pergi tu ayah bawa pergi sarapan dulu. Nak pergi Family Day pun kena sarapan ke? Bukan sarapan disediakan ke? Tyra tanya dalam hati je. Karang bising pula ayah. Masa sampai kat tempat tu. Terasa nyaman sangat. Ada yang jogging, cycling pun ada. Dekat belakang tempat tu ada kolam air panas. Pagi pagi dah ada yang mandi air panas. Pelik betul. Then masa pendaftaran. Tyra jumpa Ain dan Farisya. Tak sangka. Rupa-rupanya mothers diorang pun staf MRSM jugak. Dari start program sampai habis kitorang round satu kawasan kolam. Kolam or tasik not sure. Kitorang mula lah bergosip. Biasa lah orang perempuan. Rakan dan gosip tak boleh dipisahkan. Macam macam lah bercerita. Dah macam 15 tahun tak jumpa. Ain dan Farisya ada masuk acara MAKEUP ibu bapa. Diorang gantikan mothers diorang. Dan Ain menang dalam acara tu. Untung lah. Tepat 12.30 tengahhari program tu habis. Dalam bonet kereta ada macam macam. Toto baru, dan pelbagai hadiah yang lain. Then kitorang semua balik rumah dan bersiap sedia. Sebab petang tu kena balik Johor. Penat tak penat lantak kau. 

Malam tu kitorang bertolak lepas maghrib dan sampai kat sana pukul 12.30 malam. Kitorang tidur dekat rumah atuk sedara Tyra. Orang Jawa Ada Big Family, Keturunan Adik beradik moyang yang dah beranak pinak tu pun Dikira Sebagai KELUARGA. So atuk Ahak ni dia adik beradik dengan nenek tiri Tyra. Hah berbelit kan? Haha.

14 Nov 2012:
Hari tu atuk Ahak kata dia nak bawa kitorang semua pergi kebun kelapa sawit dekat Mersing. Jauh kot dari Simpang Renggam ke Mersing. Perjalanan satu jam gitu. Jalan pun bukan straight je. Dah macam ular kena palu. Tyra ni allergic jugak jalan cam tu. Bila bila masa boleh muntah. Nenek Ila (wife Atuk Ahak) pesan. "Atuk kau ni pandai drift. Hati hati lah bila naik kereta dengan dia. Karang tak pasal pasal ada yang muntah dalam kereta" Haha. Masa pergi Tyra takut nak pergi dengan kereta dia. So masa perjalanan tu banyak permandangan yang cantik. Dapat sekali sekala cuci mata.  Lama jugak lah nak sampai. Tyra boleh tidur bangun dan tidur balik. Tak sampai jugak. Bila tengok kereta Atuk Ahak kat depan. Pergh laju nya. Ayah pun susah nak follow belakang. Asyik kena tinggal belakang je. Dalam pukul 11.30 pagi kitorang sampai. Ayah kata kebun tu jauh sikit. Kena masuk hutan. Nasib baik orang yang uruskan tu dah sedia dengan kereta yang boleh masuk hutan. Mama panggil "Terupe". Apakah? Tyra pun not sure nak panggil apa. Then Tyra dengan adik beradik yang lain duduk kat bahagian belakang. Seronok. Adventure gitu. Kena masuk ikut jalan lori. Adik adik yang lain semua batak. Sikit sikit "Huiyo! Akak tengok tu !!!" Haih. Nasib jadi kakak lah Tyra ni. Then lepas 10 minit kitorang sampai. Tanah tu dah dibersihkan. Tinggal nak tanam anak pokok je. Orang yang uruskan kat situ duduk pondok sementara. Ada jugak lah beberapa ekor anjing yang dijadikan sebagai penjaga kat situ. Nasib semuanya jinak. Kalau tak Tyra tak kan turun daripada "Terupe" tu. Ada sekor anjing ni comel. Pak cik tu kata nama dia "Jaebol" takde nama yang lagi sedap didengar ke? Haha. Mana je Tyra pergi Jaebol ikut. Then Tyra nak tengok kolam. Masa jalan tu nampak ekor ular menyusur tepi semak. Nasib baik Jaebol ada. Kalau tak Tyra dah jadi makanan tengahhari ular tu. 

Lama lah jugak Orang Dewasa ni berbincang. Perut pun dah lapar masa tu. Adik adik pun dah penat. Tak lama lepas tu kitorang pun balik. Nak keluar tu naik "Terupe". Rasa best pulak duduk situ. Then sampai dekat kereta. Atuk Ahak suruh Tyra naik dengan dia. Tyra ajak adik Tyra sorang. Masa Atuk Ahak nak potong lori lembab gila tu, jantung Tyra nak terkeluar. Laju gila. Setanding F1. Pastu ada selekoh tajam. Pergh Atuk Ahak  buat drift. Nasib pakai tali pinggang. Tak lama lepas tu. Tyra rasa nak muntah. Alahai tahan lah sikit. Betul betul sampai rumah Tyra muntah. Pergh kalau dapat tidur memang best. Petang tu mama ajak singgah rumah Atuk Wan. Atuk Wan ni adik beradik dengan nenek betul Tyra. LOL Rumah dia besar. Dah lah rapat dengan Sultan Johor. Dekat dinding rumah dia banyak gambar dengan sultan. Anak dia kahwin pun sultan datang. Untung lah. Atuk Wan ni ada syarikat terompah. Dia ada galeri terompah dia sendiri. Namanya "Terompah Mastor Tuah" Cantik cantik terompah yang dia buat. Mama sempat beli satu. RM 25++ je. Malam tu kitorang tidur dekat RUMAH AGAM Atuk Wan. 

15 Nov 2012:
Pagi tu kitorang decide nak balik KKB. Tapi mama kata kena singgah rumah Atuk Shahdan. Okayy. Atuk ni  is my real atuk. Haha. Masa sampai je rumah atuk, atuk tengah halau monyet dekat belakang. Atuk guna something macam senapang. Tyra tanya lah "Atuk,Atuk tembak monyet tu pakai senapang ke?" Atuk: "Takde lah atuk guna batang paip dengan mercun je" Huiyo atuk buat 'INOVASI YO!' Haha. Batang paip tu dibengkok macam senapang dan letak mercun "Thunder Clap" kat depan. Pergh. Kreatif betol. Haha. Kitorang sekejap je singgah rumah atuk. Petang tu kitorang balik. Tapi sempat bawa atuk makan KFC. Masa dekat high-way dari JOHOR ke KKB, ayah termasuk susur keluar JASIN. Alahai, tak kan nak singgah Jasin kot. Dah penat jalan jalan. Then ayah bawa pergi Masjid Selat Melaka untuk tunaikan perintah Allah. Masa tu maghrib. Lepas tu ayah bawa pergi makan dekat kedai ASAM PEDAS. Memang meletop pedas nya. Then lepas perut diisi baru gerak balik KKB. 

#Kesimpulannya Tyra memang ada ramai Atuk sedara. Ayah pun masa jalan jalan ni dia demam. "Seronok dapat jumpa dengan ATUKS Tyra". The best journey ever. Okay. Panjang betul post kali ni. Takpe lah Tyra excited nak cerita. Segala gambar dan video perjalanan tidak dapat dipost sekali kerana sebab sebab tertentu. Okay. Wallahualam. Sampai sini je. Assalamualaikum.